Saya mungkin bukan orang yang layak untuk menulis. Saya bukanlah orang yang mempunyai pengetahuan agama yang tinggi..apatah lagi untuk menghayatinya. Tetapi saya ada jiwa yang ingin mendekatkan diri kepada agama. Jiwa yang inginkan ketenangan dan pemahaman yang betul tentang agama saya. BUkan mudah untuk mengorbankan apa yang menjadi kebiasaan apabila melangkah untuk menuju kepada jalan yang lebih benar. Saya sukakan pergaulan dalam alam maya, saya suka bersolek, memakai pakaian yang indah-indah...Saya sukakan merayau atau menghabiskan masa di kompleks membeli belah. Saya sukakan menonton cerita-cerita korea atau drama yang kurangnya faedah kecuali mehamami alam percintaan bagaikan anak muda. Saya suka mendengar muzik terutamanya muzik inggeris dan melayu yang bernilai sentimental. Saya suka menghabiskan minda dengan berangan-angan. Inilah sifat-sifat yang perlu dikikiskan dan perlukan pengorbanan yang tinggi untuk meninggalkannya. Apatah lagi saya seorang wanita biasa. Dan inilah yang sukar dilakukan oleh wanita biasa sepeti saya dan anda semua.
Berhijrah bukanlah saya rasa satu perkataan yang tepat untuk saya. Banyak lagi saya perlu lakukan sebelum hijrah itu terlaksana. Mengapa ada titik perubahan yang tiba-tiba muncul dalam kehidupan? Ini mungkin ramai yang tercari-cari bagaimanakah munculnya rasa inginkan perubahan itu. Ya, Allah yang memberikan rasa tersebut. Nikmat rasa yang tak semua orang boleh merasainya melainkan diri mengambil bicara bahawa nikmat itu ada. BUkan sahaja saya, malah sahabat yang terdekat ada juga yang sedang menempuhi titik perubahan dalam kehidupan. Dan saya bukanlah ingin berkata dengan sombong dan bongkaknya perubahan ini tidak akan kalah. Andai saya tidak ada keimanan, saya bisa berpatah semula. Sahabat terdekat saya juga sedang mengadaptasikan diri dengan cuba berjalan seiring dengan suaminya yang mula mendekatkan diri pada kelas-kelas kitab. Maka jiwanya cuba dibentuk dengan pengajian ilmu tersebut. Maka mulakanlah langkah. Mungkin tidaklah panjang langkahnya. Tapi di mana-mana pun, langkah itu perlu dimulakan.
No comments:
Post a Comment